Monday, October 18, 2010

breastfeeding.........


selamat pagi semua...


br je balik dari mengantar my young bro ke skool...agak lewat kan ke skool??hehe...biasala dah abis PMR...teacher ajak main bola..hari-hari main bola...hari-hari makan bola ye dik..hehe..


nasib saidatul behave je duduk dlm baby seat..hehe...anak ibu dah pandai..dah mula mengerti....sbb seeloknya..ajarla ank dari awl tentang safety nih..hr ni dlm FB..kak azimah dah beri sedikit info...biar dekat or jauh...penting seat belt n baby seat ni.tak kiralah kalu baby tu nak nangis kuat pun...pentingkan keselamatan mereka...betul tak??kalau yg belum ada baby seat..try search dkt zalizah nasir..mcm-mcm ado....hehe....meh tgk sample or model ala si comey nih..



sorry ye puan zalizah....saye copy and paste the picture..hehe...



ni model yg tak bertauliah sdg menggayakan..nasib dier suka...tp wat shbt-shbt di luar sana...better use time bby dah umo 8mth above...kiranya dah leh duduk..tulang belakang pun can support..wokey??




hr ni just nak story tentang alkisah penyusuan badan...alhamdulillah saidatul dah nak masuk angka 13 bulan dalam masa 5 hari lagi....dan alhamdulillah he still breastfeed from me...niat saye di makbulkan oleh Allah S.W.T...mmg saye berniat sejak saidatul di dlm pewut lagi..bukan ats sbb nk jimat nak beli susu...tp demi kebaikan utk anak..selagi terdaya..saye akn cuba utk menyusunya hingga 2thn...itu yg saye inginkan..


arwah emak saye pun susukan anak dari susunya sendiri..even tak sampai 2 tahun..tapi dia berusaha sedayanya...i'm proud with you mum..


Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, PUAN ROKIAH DON, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.




Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.





Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi..


maafkan saye andai statement di atas mengguris hati mana-mana pihak..ini sekadar perkongsian..sharing is caring rite???saye tidak menyalah ibu-ibu di luar yg tidak menyusu anak secara exclusive..may be kalian ada reason tertentu...saye fhm..ada stgh yg sudah berusaha..tp tak dapat jugak kuarkan susu...bukan salah kalian..sudah berusaha...Allah tahu niat kalian..insyaAllah ibu yg merangcang utk anak kedua..try breastfeeding ...okay??hehe..


info di atas saye copy and paste dari searching saye..dah tak ingat laman web apa..tapi jgn risau..byk je info leh find..semuanya di hujung jari anda..hehe..klu tak jumpa boleh beli buku PA & MA,info dari kak farra (SARAKIDS)...and macam-macam lagi sumber...


saye minta maaf sekali lagi andai ada yg terasa..sggh saye tak berniat perli sape-sape...semua ni permintaan sahabat-sahabat saye...dan juga my untie...dia bekas jururawat yg bertauliah...


inf0 di atas juga ada mengatakan....susu ibu..boleh menghalang dari penyakit..di sini ada juga yg nak saya perbetulkan.cthnya...bby yg menyusu ibu...ada juga kdg-kdg sakit cth selsema,batuk dan demam..benda ini saye rasa semua akan merasainya..tp kebarangkalian jarang berlaku pada anak yg menyusu..anak saye juga kdg-kdg sakit..tapi susah nak selalu sakit..may be di lindungi dengan antibodi dari susu ibu..


hehe....ada satu lagi nih..nk bgtahu..ini mmg betul bkn main-main...bila berpantang atau bila hamil jgn tak pakai coli tau....wajib pakai selalu..tapi kalau nak mandi kena buka lah...hehe..sebab musabab mmg ada mengapa di galakkan pakai...salah satunya..nak elak dari breast kendur..wokey???info bersama rite??




dah nak masuk 13 bulan..haih.dah besar anak ibu.and atta..dah semakin aktif nk belajar benda baru...........



semua ibu-ibu di luar sana mendambakan anak-anak kita menjadi anak yg solehah and soleh kan???

saye juga begitu..mengimpikan anak-anak yg beriman,yg lemah lembut,yg berakal,yg bijak,yg cerdik,yg hormatkan orang tua dan yg sentiasa menjadi anak kebanggan ibu and atta...



sayang ibu........ibu and atta nk saidatul tahu....kami berdua terlalu sayangkan saidatul..marah kami bukan sbb kami benci atau kasar..tapi marah kami demi kebaikan utk saidatul...klu boleh ibu n atta nak yg terbaik utk saidatul,,insyaAllah selagi terdaya kami akan wat yg terbaik utk saidatul..kerana saidatul permata hati kami dan akan menjadi contoh kakak yg terbaik pada adik-adik yg bakal lahir nanti....


celoteh bukan main panjang lagi kan???tapi kalian suka kan?cepat...angguk...angguk...hehe...


ini diri saye..kalu saye marah..saye akn marah...kalu saye sayang...saye akan sayang sepenuh jiwa..sbb itu..dengan anak perlu tegas..tegas bukan memaksa mereka..bukan memeras mereka..bukan memukul mereka..klu nak pukul..pukul lah dgn manja..bukan mendera....betul tak???


anak itu kurniaan dari Allah taala..satu hadiah terbesar dalam hidup kita..dan satu amanah utk kita membentuknya..baiknya adalah dari tunjuk ajar kita...buruknya kita yg mendidiknya...jadi fikir-fikirkanlah....





salam semua.......



p/s : maaf sekali lagi yer...saye hanya nak berkongsi....bukan nak menyakitkan hati..sayang kalian semua...

3 comments:

:: noremy anak rahmat :: said...

btul............

Ena Mazly said...

ALHAMDULILLAH, akak pun dapat menyusukan kedua-dua anak ni sampai 2 tahun... tetiap hari perah susu kat sekolah.... seronok tgk susu byk keluar.. ehehehe... semuanya untuk diaorg kan....

dieha said...

noremy : tq dik...sbb support penyusuan ibu..

kak zurena : Alhamdulillah....seronok diha dgr..diha nk jd sprt akk jgk..bila susukan anak2 rasa seronok..rasa rapat dgn diaorg..kan kak??

Related Posts with Thumbnails