Monday, July 30, 2012

semoga tenang di sana..

segalanya sudah berakhir..
syukur alhamdulillah..penantian bermula sejak 26 julai sudah berakhir semalam..
pencarian mangsa kebakaran yang terakhir iaitu adik nazrin telah melengkapkan misi mencari semalam..

salam penuh takziah buat keluarga yang terlibat..
semuanya ketentuan dari Allah...
semoga keluarga kesemua mangsa kuat dan tabah ketika dan saat ini..
bulan ramadhan..bulan keberkatan..
mereka pergi di bulan yang baik..
insyaAllah syurga untuk mereka..

merekalah wira-wira laut yang berjuang demi untuk negara...
wira yang tidak pernah takut untuk hidup di lautan yang penuh dengan risiko..

moga menjadi tauladan untuk seafarer yang lain..
untuk mencari rezeki di laut..
dan jangan gentar dan takut..

semua hamba/makhluk Allah akan mati..
tapi kematian kita tidak serupa..
berbeza dari setiap sudut..
jadi terima dan redha lah dengan apa yang berlaku..
kerana suatu hari nanti kita juga akan pergi..









syahid insan-insan terpilih ini..
moga tenang di sana bersama orang-orang yang beriman..

alfatihah..

buat :

 Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser 
 Muhammad Nazrin Khamsani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
 Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
 Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
dan salam takziah buat saudara :

Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman





thanks buat komuniti perkapalan malaysia , isteri-isteri pelaut dan PGK yang tidak putus-putus memberi info tentang crew-crew di  kapal MT Alpinia ...







semuanya tinggal kenangan..
kenangan yang sangat memberi kesan buat semua rakyat malaysia..
 dan terutama untuk keluarga yang terlibat..

moga keluarga mangsa-mangsa yang terlibat di beri kekuatan dan ketabahan untuk melalui saat-saat sukar ini..
terima dengan tenang..
kerana mereka anak-anak wira yang banyak berjasa untuk agama ,bangsa dan negara..





buat suamiku said nizam..
ibu percaya qada' dan qadar...
apapun yang berlaku ada hikmahnya..

kerja elok-elok..
ibu,saidatul dan muazzin doakan atta di beri kesihatan yang baik, dan sentiasa di murahkan rezeki..
biar pun berjauhan..
tapi hati kita tetap bersama..
dan kasih sayang tetap akan mekar untuk selamanya..

terima kasih atta untuk bahagiakan kami..
atta melalui fasa-fasa begini..
perjuangan atta belum selesai..
berjuangla tanpa rasa takut..
atta wira di hati kami..

moga atta di permudahkan dalam segala hal..
we proud of you atta..



salam...








Related Posts with Thumbnails