Thursday, July 26, 2012

dugaan ramadhan..

hari ini rasa seram sejuk...
hari rasa sebak tak terkata..
apa yang berlaku semua telah tertulis di Loh Mahfuz..


kami doakan arwah tenang di sana..
yang masih belum di jumpai moga mereka di temui dengan selamat..


dugaan ramadhan..
bulan mulia..
syahid buat yang mereka yang beragam islam..
syahid dalam mencari rezeki buat keluarga..


sungguh kami solute..
sungguh kami kagum dengan kepayahan kalian..


buat isteri/anak/ibu dan bapa/keluarga yang terlibat..
tabahla..dan apa yang anda rasai..
kami sebagai isteri pelaut turut jugak merasainya..


sukar nak di gambarkan..
meremang bulu roma bila dengar khabar berita yang berlaku..


automatik teringat en suami di lautan..
kepayahan mencari rezeki untuk sesuap nasi..
ya Allah betapa sebak..
dan betapa kami kagum anda-anda yang bergelar seafarer..








berita hari ini..
berita yang menggemparkan buat semua isteri pelaut..
begitu jugak geng-geng seafarer..
ajal tidak mengenal usia..
tidak mengenal masa dan tempat..
kun fayakun..jadilah ia....






http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120726/dn_22/kapal-tangki-MISC-terbakar-di-Labuan#.UBDMEEh4Y8E.facebook

Kapal tangki milik MISC terbakar di Labuan

KUALA LUMPUR 26 Julai - Sebuah kapal milik MISC Berhad yang membawa bahan kimia dan minyak sawit terbakar di Labuan, awal pagi ini.
Kapal "Bunga Alpinia" mempunyai dengan 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.
"Pada masa ini, 24 anak kapal telah selamat dibawa ke pantai," katanya.
Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn. Bhd. apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.
"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.
MISC berkata, semua pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - UTUSAN









keadaan kapal yang masih belum dapat di padam dengan habis..
info yang saye dengar.berlaku panah petir sebanyak tiga kali
keadaan yang tak mengizinkan untuk crew lain menyelamatkan sahabat-sahabat yang mereka..
memandangkan ketika itu ada crew-crew lain tengah buat keje atas deck..
time tu tengah loading cargo methanol..
bila meletup kali ke tiga..api dah marak dengan kuat...


info : 6 orang hilang..






mereka yang terselamat..
moga mereka tabah..









berita yang buat kita sebak..
 Arwah Greaser shahril n Pman zahari
sebelah kiri adalah arwah shahril/bob..
dan sebelah kanan arwah Pman zahari yang masih belum di temui..

AL-FATIHAH..




kita doakan mereka yang masih belum di jumpai dalam keadaan selamat.
INSYAALLAH..






bulan ramadhan bulan keberkatan..
kita doa sama-sama...








(minta maaf..picture ini credit dari komuniti perkapalan malaysia)
saye copy and paste...
minta di halalkan..

No comments:

Related Posts with Thumbnails