Tuesday, October 19, 2010

for the rest of my life.....



dah hampir kul 2.15am..mata saye masih segar bugar..hehe..

actually saye dah tido..biasalah time temankan anak tido...saye pun terikut sekali..nasibla cuti malaysia..leh la tido kejap...hehe...tetiba terjaga...hampir kul 1am..terus bangun..basuh pinggan dalam singki...

kena clear semua br dapat tido dgn aman...klu tidak terbawa smp dlm mimpi..hehe...



malam-malam camnih..tetiba teringat en.suami...(hehe..asyik...malam je ingat dier..hehe..)..ada satu lagu dari MAHER ZAIN..yg jd kegilaan ramai skrg..and also me..one of them...saye sgt suka lagu tu...maksudnya sgt mendalam..actually utk si isteri.....tapi this song saye dedicated kan wat suami tersayang...


i love you forever and ever....moga ikatan ukhuwah cinta ini hingga ke syurga...hingga akhir hayat....











For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..



You`re my husband and my friend and my strength..i will love you forever..thanks pa..hadir dlm hidup ma...
moga cinta ini akan sentiasa di restui oleh Allah s.w.t...









hadirnya saidatul lebey bermakna wat kita berdua...saidatul juga pengikat kasih kita.....



budak tecik yg vogue abis..ibu and atta sayang kamu...mmuahss...



gud nite......for my husband..




sok pa sampai jepun....can't wait calling from you..we mish you like crazy pa..



take care.....salam.................

Monday, October 18, 2010

breastfeeding.........


selamat pagi semua...


br je balik dari mengantar my young bro ke skool...agak lewat kan ke skool??hehe...biasala dah abis PMR...teacher ajak main bola..hari-hari main bola...hari-hari makan bola ye dik..hehe..


nasib saidatul behave je duduk dlm baby seat..hehe...anak ibu dah pandai..dah mula mengerti....sbb seeloknya..ajarla ank dari awl tentang safety nih..hr ni dlm FB..kak azimah dah beri sedikit info...biar dekat or jauh...penting seat belt n baby seat ni.tak kiralah kalu baby tu nak nangis kuat pun...pentingkan keselamatan mereka...betul tak??kalau yg belum ada baby seat..try search dkt zalizah nasir..mcm-mcm ado....hehe....meh tgk sample or model ala si comey nih..



sorry ye puan zalizah....saye copy and paste the picture..hehe...



ni model yg tak bertauliah sdg menggayakan..nasib dier suka...tp wat shbt-shbt di luar sana...better use time bby dah umo 8mth above...kiranya dah leh duduk..tulang belakang pun can support..wokey??




hr ni just nak story tentang alkisah penyusuan badan...alhamdulillah saidatul dah nak masuk angka 13 bulan dalam masa 5 hari lagi....dan alhamdulillah he still breastfeed from me...niat saye di makbulkan oleh Allah S.W.T...mmg saye berniat sejak saidatul di dlm pewut lagi..bukan ats sbb nk jimat nak beli susu...tp demi kebaikan utk anak..selagi terdaya..saye akn cuba utk menyusunya hingga 2thn...itu yg saye inginkan..


arwah emak saye pun susukan anak dari susunya sendiri..even tak sampai 2 tahun..tapi dia berusaha sedayanya...i'm proud with you mum..


Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, PUAN ROKIAH DON, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.




Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.





Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi..


maafkan saye andai statement di atas mengguris hati mana-mana pihak..ini sekadar perkongsian..sharing is caring rite???saye tidak menyalah ibu-ibu di luar yg tidak menyusu anak secara exclusive..may be kalian ada reason tertentu...saye fhm..ada stgh yg sudah berusaha..tp tak dapat jugak kuarkan susu...bukan salah kalian..sudah berusaha...Allah tahu niat kalian..insyaAllah ibu yg merangcang utk anak kedua..try breastfeeding ...okay??hehe..


info di atas saye copy and paste dari searching saye..dah tak ingat laman web apa..tapi jgn risau..byk je info leh find..semuanya di hujung jari anda..hehe..klu tak jumpa boleh beli buku PA & MA,info dari kak farra (SARAKIDS)...and macam-macam lagi sumber...


saye minta maaf sekali lagi andai ada yg terasa..sggh saye tak berniat perli sape-sape...semua ni permintaan sahabat-sahabat saye...dan juga my untie...dia bekas jururawat yg bertauliah...


inf0 di atas juga ada mengatakan....susu ibu..boleh menghalang dari penyakit..di sini ada juga yg nak saya perbetulkan.cthnya...bby yg menyusu ibu...ada juga kdg-kdg sakit cth selsema,batuk dan demam..benda ini saye rasa semua akan merasainya..tp kebarangkalian jarang berlaku pada anak yg menyusu..anak saye juga kdg-kdg sakit..tapi susah nak selalu sakit..may be di lindungi dengan antibodi dari susu ibu..


hehe....ada satu lagi nih..nk bgtahu..ini mmg betul bkn main-main...bila berpantang atau bila hamil jgn tak pakai coli tau....wajib pakai selalu..tapi kalau nak mandi kena buka lah...hehe..sebab musabab mmg ada mengapa di galakkan pakai...salah satunya..nak elak dari breast kendur..wokey???info bersama rite??




dah nak masuk 13 bulan..haih.dah besar anak ibu.and atta..dah semakin aktif nk belajar benda baru...........



semua ibu-ibu di luar sana mendambakan anak-anak kita menjadi anak yg solehah and soleh kan???

saye juga begitu..mengimpikan anak-anak yg beriman,yg lemah lembut,yg berakal,yg bijak,yg cerdik,yg hormatkan orang tua dan yg sentiasa menjadi anak kebanggan ibu and atta...



sayang ibu........ibu and atta nk saidatul tahu....kami berdua terlalu sayangkan saidatul..marah kami bukan sbb kami benci atau kasar..tapi marah kami demi kebaikan utk saidatul...klu boleh ibu n atta nak yg terbaik utk saidatul,,insyaAllah selagi terdaya kami akan wat yg terbaik utk saidatul..kerana saidatul permata hati kami dan akan menjadi contoh kakak yg terbaik pada adik-adik yg bakal lahir nanti....


celoteh bukan main panjang lagi kan???tapi kalian suka kan?cepat...angguk...angguk...hehe...


ini diri saye..kalu saye marah..saye akn marah...kalu saye sayang...saye akan sayang sepenuh jiwa..sbb itu..dengan anak perlu tegas..tegas bukan memaksa mereka..bukan memeras mereka..bukan memukul mereka..klu nak pukul..pukul lah dgn manja..bukan mendera....betul tak???


anak itu kurniaan dari Allah taala..satu hadiah terbesar dalam hidup kita..dan satu amanah utk kita membentuknya..baiknya adalah dari tunjuk ajar kita...buruknya kita yg mendidiknya...jadi fikir-fikirkanlah....





salam semua.......



p/s : maaf sekali lagi yer...saye hanya nak berkongsi....bukan nak menyakitkan hati..sayang kalian semua...

Sunday, October 17, 2010

dah mau tersenyum..dah mau bermain....dah mau mamam....




salam semua...salam penuh keceriaan....


pagi-pagi nih must pakat kalut-kalut pagi keje kan??hehe..saye plak..dah surirumah..kalut dgn hal dlm rumah..padahal en.suami jauh...tp as a wife..rumah kena jg..biar bersih br tenang hati ye...kan...


alhamdulillah.hr nih still entry bab anak saye..tp mmg dah terniat dalam hati..blog ini mostly mmg utk saidatul..just nk show how grow up saidatul sejak di lahirkan lagi...tp adakalanya saye ter skip ats sbb-sbb tertentu.hehe..biasala,bila dtg mood mls tak bleh nk wat apa dah..kan????



dua hari lps...saye bawa saidatul and mak-mak sedara saidatul yg vogue gitu ke KFC..ke tesco..just mkn n membeli brg dapo...nmpk saidatul happy sgt..hati saye sgt seronok.pak sedara dier(my young bro)sgt syg dier.saidatul nmpk 100% dah ceria.batuk and selsema dah tak der.alhamdulillah..bila ank sakit..mula hati ni cuak.takut sgt...musim skrg...dgn cuaca semuanya bawa penyakit...ADAKAH PETANDA AKHIR ZAMAN DAH BERMULA?????

ya Allah...moga kami di beri rahmatmu....buka la hati kami agar sentiasa patuh pada perintahMu..berikanlah kami petunjuk dan hidayahmu....AMIN.........sama-sama kita aminkan yer....




en.suami skrg...otw ke japan...rindu kamu en.nizam...jgn risau ye....saidatul dah makin sihat..pa keje di sana baik-baik tau..sebulan lg kita jumpa..insyaAllah andai di izinkan olehNya....




atta sayang....saidatul dah sihat...atta jgn risau ye...comey tak saidatul pakai songkok..pasni..nak adik lelaki plak....hua..hua...(gelak miang)...huhu...





tenung apa tu sayang??nk mkn kentang erk???




with my little princess...my soul...my stronger...my sweet for ur ibu n atta....



dah makin aktif..makin kuat mrh org,makin kuat merajuk...hehe...itulah anak sayer...tp saye suka..leh ngusik.



wif ibu,m.teh n m.long..




wif m.long n m.lang yg sgt sygkan saidatul..




wajah photostat atta....she mish him so much............



at tesco..br bgn tido....muka monyok......huhu


and the last picture......

*








*









*












*


tertarik menarik....






itulah saidatul mardhiah begum..
empunya diri...






hehe..




anak said nizam n madihah....










*****************************
" / "
-----








senyum nakal nih...pa..tgkla anak pa....gigi belum tumbuh lagi..hehe...mmuah....love you sayang..




just nak share dgn kalian semua....anak saye dah makin sihat....saye juga rasa tenang..gelisah itu hilang terus sekelip mata...bila lihat dia seperti ini....ibu rindukan senyuman ini sayang...thanks so much...



wokey...stop dulu yeh......saidatul br bangun....nak start masak...nak mandikan saidatul...nak basuh baju..huhu..start work..

menu today : sup telur for saidatul....ikan dory msk sweet sour....sayor....







da...da.....assalammualaikum.................

Friday, October 15, 2010

3hari 3malam......

assalammualaikum semua...


hehe..must tak sabar nak tgk apa update terkini kan??

atta and kengkawan must merindui saye and saidatul..hehe...(angkat bontot sendiri..)

terima kasih kerana sudi melawat blog saye yg tak seberapa nih..rasa seronok krn story mory indah dapat di kongsi bersama kalian...


maafkan saye sbb dah lama tak mengupdatekan blog...rasa tak bersemangat...tp alhamdulillah hari ini saye cuba sedayanya utk tidak menghampakan harapan en.suami dan shbt-shbt..(en.suami tak nak saye letakkan pic-pic anak beliau yg tgh sakit..tp saye nak mengabadikan moment ini..biar anak saye tahu...ibu and atta sangat-sangat sayang padanya...)


rasa dah empat hari tak mengupdate blog...teramat sibuk mengalahkan PM..hehe..iyerla..nama pun ibu...bila anak sakit..dah mula jd gelabah.risau jd macam-macam..en.hubby jauh dari saye.sbb itu saye memerlukan kekuatan utk diri sendiri...saye rasa kalian begitu juga kan???


saidatul demam since 7hb lagi..hari berikutnya suhu pnsnya..adakala turun naik..buat hati jd tak keruan..dah pergi two times ke klinik but her condition still same..dgn batuk..selsema..sehari sebelum admit..okay je dia main..tp pepagi 12hb..suhu dah meningkat balik ke 39..sbb itu saye decide ke hospital pakar terus..utk rawatan lebey lanjut..


di hati mmg terfikir pasti ank kena admit..sggh tekaan saye benar....kami smp ke hospital dah pukul 8..wait doc kul9..after check semua..doc perlu tahan saidatul coz batuk dier tak berapa elok..bila dgr anak kena admit..risau sgt di hati..first time jd camni..rasa mcm nk jd gila..rasa mcm anak dah teruk..doc said..suhu demam okay.may be ada virus lain..huh...(thanks maklang sudi temankan ibu and saidatul)


pas dah check in..alhamdulillah nasib tak kena drip air dlm bdan dier..saye mmg tak suka kalu anak di ejection macam tu..sian dier..tak tahu kenapa..kene cucuk merata.cukupla suntikan bulanan sebelum ni..

tetiba telefon berdering..mmg tak sangka time tu husband dah smp bintulu..sebak sangat bila dengar suara dier..walaupun en.suami jauh..tapi rasa dia ada dekat dgn saye ketika saye sgt memerlukan dier..bila jwb je call terus nangis...he ask me..why sayang??sayer terus menangis..risaukan anak even anak okay..tapi tak boleh terima sbb dia di thn dalam wad..huh..


abis je story..en.suami pun rasa sedikit down..dia sedey.(menangis tak???hehe..try ask him..jgn marah ye laling..)..iyerla..anak kesayangan dlm ward..risau sggh dier..setiap waktu must call tanya perkembangan camne..actually en.suami nak balik..tp saye cakapkan kepadanya..tak payahla..lagipun jauh...then insyaAllah she will be fine..

Alhamdulillah..pas check detail..doc told me..no suspect influenza...all negative..thanks GOD..rasa lega hati ni..just kena duduk smp 3hari ni sbb nk cairkan kahak dier..takut jadi asma..so kena nebulizer..tak sakit just cairkan kahak...3hari juga full aktiviti dier..kul9 am doc dtg check,after that kena bawa gi psychotherapy utk tepuk-tepuk badannya..utk memudahkan pengaliran kahak berjalan..ada satu masa dia tak nak benda-benda tu..sampai nangis-nangis..so terpaksa kena sedut..kesian anak ibu...klu ibu boleh amik sakit saidatul..dah lama ibu ambil sayang..tapi Allah yg berkuasa..ibu kena redha..



setiap hari kena makan ubat..benci betul..kecik-kecik kena makan ubat kan??tapi sayang nak sembuh cepatkan..


alhamdulillah 14 hb dapat admit dari wad...rasa lega sangat..hehe...bukan apa..bila duduk ward dengan umah.byk bezanya..takder privacy..even dapat bilik luas (deluxe room pun)...tv sorang satu..just two patient je dlm tu..tp saye lebey suka duduk di rumah..sbb bukan 24jam kena aircond,mandi takla rasa terketar-ketar,tak payah pakai tudung kaalu duduk dlm rumah..di sana.24jam harus lekat tudung..byk sangat visitor..hehe..alhamdulillah dapat balik my home sweet home..saidatul pun happy je bila dapat balik..bila tgk rumah..rasa tenang..even berselerak..haha...


now we at home...dapat golek-golek sama-sama..en.suami pula dah sailing ke japan..26hb br dapat khabar berita..tapi nasib ada AMOS..so perkembangan tetap en.suami tahu..


pa..dont worry ye..anak kesayangan pa..dah makin aktif..dah boleh berjalan,mengomel mcm selalu...dah boleh menari,gelak mcm selalu..pa keje elok-elok tau..tamau cedey-cedey dah ye....thanks so much pa..ada di sisi ma(through by fhone) ketika ma sgt memerlukan pa...naluri hati kita ada byk persamaan..pa merasai apa yg ma rasai..thanks so much..i love you forever.........



mesti kalian semua merindui keletah saidatul kan??ada beberapa pic yg saye snap utk tatapan en.suami dan teman-teman semua...jenguk-jengukla di bawah ye...








hari sebelum kena admit...suhu makin tinggi..dia lembik je..tak seaktif seperti selalu..





see..........muka macam cuak je kan??tempat baru..tu pulak dengar budak-budak menangis..lagi wat hati dier rasa risau..hehe...





nampak dah mula nak main...tapi ada time..start menangis bila doctor or nurse dtg..tempat yg sangat asing baginya...kalau boley..biarla..first and last she here...





hehe..time ni atta call....ngadu mcm-mcm la tu..hehe..(SAIDATUL:atta..saidatul tak suka duduk di sini..ibu bw saidatul ke sini..tamau..nak balik atta..atta..maila sini...saidatul demam sbb rindu atta...ATTA:cayang..ikut cakap ibu..jd anak yg baik tau..kena cepat sembuh..sbb itu ibu bw saidatul duduk sini..nnt atta balik..atta bw saidatul jalan-jalan..ok????be a gud gal ye??...en.suami yg ckp tau..bukan saye..hehe...



muka monyok..dah pandai nk merajuk,marah sekarang nih..kena layanla..anak kan???hehe





time semasa admit..kena nebulizer dulu..sian dier..tak selesa..tp lama-lama..................

*

*

*

*

*




tertido..keletihan menangis..........




sampai urat naik..thn batuk...menangis...sian ank ibu..sayang saidatul..






atta..kami rindukan atta...saidatul terlebey lagi rindukan atta..another 1mth to go..we can't wait you..we love you atta..doakan saidatul cepat sembuh yer..............doa org musafir Allah akan makbulkan..tambahan doa seorg ATTA...






ada byk lg pic..tp saye rasa cukupla moment di ward ni..hehe..





semalam bw dia kuar gi nebulizer lagi..tp alhamdulillah..nmpk dah makin happy..iyerla kan..dah dapat kuar dari penjara agknya..haha..





hye semua..saidatul dah sihat..tq kepada yg sentiasa mendoakan kesihatan saidatul.. memberi support buat saidatul and ibu..kami amat menghargainya..buat atta....terima kasih kerana sudi menemani ibu di saat ibu memerlukan atta..ibu risaukan saidatul..alhamdulillah saidatul dah semakin ceria..amin ya Allah...











masa di ward...hehe...crawling sakan...seronok..tempat luas kan..



hehe...seronok tak baca blog saye??tak seronok??erm..perlu ada improvement ke?tlg bgtahu kalu ada kekurangan ye....hehe...bagi yg suka..terima kasih kerana sentiasa memberi support utk saye...



wokey..need to go now...baru nak brunch..sekali pagi n petang...saidatul baru jaga dari tido...










salam...and happy weekend bersama family..

p/s : wat qies (mama yat)..untie nak wish HAPPY BELATED BUFDAY..sorry tak dapat join bufday party qies today..must meriah....present untie dah beli lama..tp tak dapat nak post lagi..qies wait ye...cayang qies...

Monday, October 11, 2010

tragedy October...

tragedy kali ini pastinya memberi kesan buat kiter semua seluruh rakyat malaysia....

tragedy ini berlaku di KM223 SIMPANG EMPAT MELAKA....pada 101010...cantik sggh number ini...tp tidak cantik pada pandangan family-family yg melaluinya pada tarikh ini....

ya Allah padaMu kami datang dan padaMu kami kembali....moga roh mereka tenang di sana..


tarikh ini juga tarikh akad nikah dan reception perkahwinan Datuk Sheikh Muzafar(angkasawan dunia kita) bersama isterinya Doctor Harlina..moga mereka bahagia selamanya hingga ke akhir hayat...


sedih bila tgk berita di tv3...menghayat hati pada sesiapa yg melihatnya..gara-gara pemandu bus Delima...habis nyawa yg tak bersalah menjadi korban..sesungguhnya semua itu ketentuanNya....


saye rasa takut bila melihat tragedy ini,..,iyerla..org yg selalu drive akn rasa semua tu..begitu juga org di sebelah driver..kita dah cuba bawa dengan baik..dengan berhati-hati..tapi kerana dek manusia yg tak nak amik kisah tentang undang-undang jalan raya..orang yg tak bersalah menjadi mangsa..sadis sggh..sggh sayer sedey..

sedey bila tgk keluarga-keluarga menangis melihat anak-anak,sedara-sedara,adik-adik dan sewaktu dgnnya..bergelimpangan di atas jalan..dlm keadaan tidak bernyawa..berlumuran darah..bagai di siat-siat hati mereka...ya Allah....hanya Engkau yg maha kuasa..


alfatihah wat mereka yg beragama islam...dan salam takziah wat mereka yg bukan beragama islam...


saye ada beberapa keping picture yg ingin saye kongsikan bersama kalian..begitu juga wat en.suami...tatapla..dan cuba baiki diri kita...moga semua ini memberi kita pengajaran....












































sambil mengupdate pic-pic..hati sebak melihat mrk-mrk semua...minta maaf emo sekejap...



meruntun hati ini...sedey tgk keluarga yg rs terkilan sbbnya ada anak-anak balik bercuti..balik nak uruskan perkahwinan hujung thn ni..haih...sebakla hati ini..sabarla kalian semua...ada hikmah di sebaliknya..


ok..nak stop dah la..sedey...tak tahan..



12 orang meninggal...ada yg kritikal....ada yg cedera ringan....


tak silap saye..driver mati...takder record saman..company pun bersih.....may be maintenance yg belum kukuh..perlu di titikberatkan..hopefully perkara ini tidak berulang lagi..









PANDU CERMAT...JIWA SELAMAT..
BIARLAH LAMBAT ASALKAN SELAMAT...



INGAT-INGATLAH ORANG TERSAYANG...RENUNG-RENUNGKANLAH...

Saturday, October 9, 2010

alhamdulillah..terima kasih wat semua...

alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah....


syukur alhamdulillah...anak saye dah sembuh....sgt bersyukur...sgt terharu...kerana doa saye..dan doa dari shbt-shbt..di perkenankan oleh Allah s.w.t...terima kasih saye ucapkan sekali lagi.... dedicated wat en.suami yg setiap hari menghantar email pada saye..bertanyakan khabar puterinya...dier risau di sana..saye faham...

hati saye pun begitu..melihat anak di dpn mata..lembik..tak berupaya nak bangun berjalan...apatah lagi nak senyum dan berjalan...hari ini..alhamdulillah dia dah boleh senyum,mengomel dan berjalan dengan laju..saye rindu moment itu....saye sebak bila tgk dia dah sihat kembali..krn kami semua merindui kamu yg ceria sayang...

dan terima kasih tak terhingga wat shbt-whbt dari facebook ( kak azimah,kak rafidah,muni,norin,fatin,maiza,elya,makteh mani,hazani,mama ninia,liza baizura,irra dan juga shbt-shbt blog reader ) yg sudi berkongsi kasih..berkongsi kesedihan ketika saat sayer memerlukan pendapat kalian...sesungguhnya saye bersyukur di kurniakan sahabat-sahabat yg sggh prihatin...alhamdulillah...moga Allah sentiasa merahmati kalian semua..AMIN...........dah shbt-shbt yg mendoakan dari kejauhan...


wat adik-adik kak...hani and udin..thanks sbb sudi tidokan dan menjaga saidatul time kak busy memasak,busy mengemas umah...merekalah org kuat saye ketika en.suami tak ada..sanggup ,menjaga di tgh mlm klu saye tertido..minta maaf kalau ada termarah...sbb bkn saje nk marah..tp bersebab kan???hehe...i love both of you...wat makteh ecah..jgn terasa ye..kak juga sayang ecah..tp ecah tak ada di sini...


saidatul juga sgt sayang kalian..dia beruntung kerana di kurniakan pak&mak sedara yg sproting...dan sgt menyayanginya...


wat my MIL n FIL...bro in law..thanks also di atas titikberat yg kalian berikan...setiap hari my MIL akn call..bertanyakan cucunya..biasala...cucu ngan menantu jauh pulak..tambah pulak anak lelakinya lebih jauh dari kami...bertambah risau mummy saye..tq for doa mummy....we love you..


byknya saye berceloteh....semua ucapan terima kasih je..hehe..jgn boring yer....krn kalian sgt berharga utk saye..thats why...i like to say like that..tak jemu..hehe...



tapi.........kalu jemu jugak..meh duduk dgn saye..kita lyn kejap video nih..video smlm...time kul 5 lebey..dia seronok dpt berjalan...budak kecik br lega demam..hehe...ibu n atta love you saidatul...










hehe..demam nk berjalan jauh agknya kan??hehe...pa...dlm entry kali ni jgk..ma ada updatekan new stroller yg kita plan nak beli tu..hehe...hadiah bufday for saidatul.....


*

*

*

*

*

*

*

*

tadaa......









terus je nak naik..hehe..seronokla tu....dapat rain cover,cover seat 2 colur pink n brown cofee..,toytray yg sepatutnya utk baby seat...tp dah baby seat tak guna..ma gunakan as toytray..hehe..berbaloila beli stroller ni pa..can use until umor 4years...hehe..thanks pa..izinkan ma beli stroller nih.....


alhamdulillah..even beli online..tp service mmg cantik sgt..beli hr ni..esok dah dapat..service A one la..hehe..from www.otakibaby.com and skynet...thank you so much...


for pic today..nengok nih..tak nak senyum lgsg..hehe..nmpk susut tak bdn dier.??.tp doc check berat naik plak..hehe..alhamdulillah...




hehe..mata..molatnya..cam marah je...be cool sayang..





senyum camnila yg ibu nak..tq cayang.........




syukran ya Allah krn dia sudah pulih seperti sediakala..alhamdulillah..ibu rasa lega sgt bila tgk saidatul kembali ceria seperti dulu..atta pun dah kurang risaunya...

ibu and atta sayang saidatul...be a gud gal cayang..we love you so much...






da.....da..........




Related Posts with Thumbnails