Thursday, April 7, 2011

deritanya hanya Allah yang tahu...

"bukan ku pinta....lahir ke dunia....
tidak ku duga....cacat begini....
bukan ku pinta....kasih dan manja....
bukan ku rayu....bantu simpati...."


saye lupa penyanyinya...
tapi saye teringat satu kisah..






just berkongsi berita ini bersama teman-teman di luar sana..
thanks pada sudi yang menjenguk..

cerita di hari jumaat yang barakah ni..
kita sama-sama mengambilnya sebagai iktibar...

kita amik renungan dan hayatinya....
perjalanan hidupnya kita tidak tahu camne..
dan perjalanan hidup kita juga tak tahu bagaimana..
aturan Allah sangat indah buat si kecil ini..

tidak boley kita menidakkan..
kerana sudah tertulis..hayatnya begini..
moga Allah sentiasa merahmatinya..

si kecil...
sungguh sedey bila manatap keadaanmu di paper..
tak tergambar di hati ini...
moga si kecil ini sihat seperti sedia kala..



saye mungkin terlambat mengetahuinya..
tapi saye tak terlambat untuk melayari internet and search through KOSMO..:)

amik iktibar..dan doakan si kecil ni even ibubapanya bukan beragama islam..tapi kita dan mereka sesama manusia..cuma bezanya agama kita..renung-renunglah....











Derita bayi jantung di luar badan


GAMBAR ini menceritakan segalanya. Koh Jun Hao perlu dibedah 20 kali untuk menutup organ jantungnya yang terletak di luar tubuh menerusi pembedahan.


JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.






















subhanallah....sedey sangat...tak tahan tengok si kecil ni..dugaan hebat buat family dia..
moga tabah..
20 kali kena operate untuk kembalikan dia normal..
semua tu take time...

moga cepat sembuh..
buat family si kecil ini..moga tabah selalu.....






salam sayang buat semua..............

assalammualaikum...

1 comment:

Elin said...

Ya Allah...

sedih giler tgk baby ni..

semoga die kuat n tabah. semoga diberi kekuatan berjuang utk hidup. :(

Related Posts with Thumbnails