kita doakan mereka semua selamat...
itu yang penting buat masa sekarang dan seterusnya..
buat anak-anak kapal MT Bunga Laurel..
moga kalian baik-baik semuanya..
kami semua di sini mendoakan moga kalian di lindungi Allah selalu..
risau hati ini..bila teringatkan en.nizam di laut..
hope pa di sana okay..risau bila dengar hal-hal camni..masih ada lanun yg bertindak ganas..
kali ini lebey ganas rasanya sebab ada seisi tembak menembak(haha..main ada seisi lg..)
minta di jauhkan benda-benda tak elok seperti ini...
yang belum baca....sila baca berita hari ni ye...di bawah ni pun ada..saye copy and paste je..thanks to Rafidah Mat Saad ......
Kapal TLDM selamatkan kapal MT Bunga Laurel
Kapal bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5 (TLDM BM 5) semalam menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel bersama 23 krew kapal itu yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden. Rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur Oman pada jam 11.40 malam, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan 'selamat' setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden. Kapal MT Bunga Laurel adalah kapal jenis 'chemical tanker' yang disewa khas oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Asia Barat ke Singapura. Unit komunikasi korporat kementerian pertahanan dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata kapal MT Bunga Laurel telah dinaiki tujuh lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis 'skiff'. Pihak lanun seramai 18 orang itu juga dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan, kata kenyataan itu. Krew kapal MT Bunga Laurel bagaimanapun sempat mengaktifkan 'ship security alert system' sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal. Kenyataan itu berkata helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari kapal bantuan TLDM BM5 turut terlibat dalam operasi itu dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara. "Seramai tiga orang lanun mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas kapal bantuan TLDM BM 5. "Bagaimanapun status kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh kerana serangan itu dilakukan pada waktu malam," kata kenyataan itu.
4 comments:
tula akak..husband nani pon baru hanta email pasal kapal kena hijact ni..risau jugak lah sbb diye pon tgh tunggu pasukan pascal nak lalu sana..huhu..kita doakan deorg suma selamat yer kak..
ariani: tu la nani..akk pun risau..insyaAllah kita doakan diaorg semua selamat ye...nani pun jaga diri..jaga ayra elok2 ye..
Assalamualaikum semua..salam ziarah..:-)
waalaikumussalam...syukran auwi auwi..
Post a Comment