APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
sekumpulan penyakit yg disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumonias atau pneumokokus.
Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka yang berusia 2 tahun ke bawah.
Kuman pneumokokus boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitann darah) dan atitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).
APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT INI?
1) Jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang (MENINGITIS)
Meningitis boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut.
Simptom: demam, keletihan, mengantuk ataukelalian, muntah dan kekejangan leher.
2) Jangkitan darah (BAKTEREMIA)
Bakteremia berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah mengakibatkan jangkitan darah. Ia boleh membawa ke meningitis.
Simptom: demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam.
3) Jangkitan paru-paru (PNEUMONIA)
Simptom : batuk, lesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk
4) Jangkitan telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga (OTITIS MEDIA)
PENYAKIT PNEUMOKOKAL MENGAKIBATKAN?
· Kehilangan pendengaran
· Kerosakan tak
· Kecacatan yang kronik
· Lumpuh
· Kerencatan akal
· Gugup/kesukaran bertutur
· Maut
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
· Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
· Kanak-kanak yang ditempatkan di nurseri atau pusat penjagaan harian
· Kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
· Pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga
· Terdedah kepada asap rokok
· Kanak-kanak berpenyakit kronik seperti diabetis jantung, paru-paru atau penyakit buah pinggang.
huraian di atas harap kawan-kawan faham ye....semestinya..suntikan ini sangat penting kan??
saya ada terbaca satu blog hamba Allah nih.."beliau ada cakap..tak perlu suntikan ni...abiskan duit je..anak saye tak pernah sakit pun..okay je sampai sekarang.".. anak beliau sudah berumur 2tahun lebey..
terpulang pada diri masing-masing kan?? tapi ada baiknya........
.MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT KAN??
suntikan pnuemococcal ni ada untuk umur-umur tertentu..setakat yang saye tahu...
ada utk umur bayi bwh 1 tahun : kena 3 dos at age 5or 7 months, 9 months and 12 months. price lebey kurang 215 per dos..klu dah 3 dos try darab ye...cek takder calculator..
Kalau lebih satu tahun, bwh 2 tahun, 2 dos only..
price depend pada klinik kot..yang tu tak tahu pulak..
saidatul tadi just one dos kena 195 RM...doc bg pilihan tadi...nak yang 10 valent or 13 valent..
saye mcm blurr ckit...so saye ask doc..kenapa ada diffrent doc??
doc smiling...actually same aje..tapi the problem is..10 valent from US and 13 valent from europe..
baru saye faham..so i decide to take 10 valent only..end of march datang pulak utk last dos..
so inilah hasil-hasilnya after she kena injection...nangis kejap..terkejut sama..tengok aje doc lelaki terus muka serius je..agaknya anak atta ni anti doc lelaki nih..
before jumpa doctor Lim...
after kena cucuk..masuk je kete..terus..zzzzzzaaaaazzzz....
letey main..
letey kena cucuk..
gud gal bila kena cucuk..
2 comments:
bagus klu dah dptkan suntikan tu kan.. mencegah lebih baik dari merawat..
akak nanti join contest yang Lia TAG diblog tu ye..
(",)
LIA : ok dik..nnt akk join..tqvm dik..
Post a Comment