Wednesday, October 27, 2010

maksiat berleluasa...

tgk title pun saye rasa gerun..rasa takut..

kalau ada yg belum baca paper hari nih...try tgk...berita panas..sensasi..yg buat ramai orang marah..

haih....risau nengok..budak kecik lagi..br nak baligh..sian sggh dgn keadaan dia..SALAH SIAPA???


kdg-kdg kalau nak menuding pada keluarga...tak boleh jugak sbbnya mereka dah sedaya upaya membentuk anak-anak..itu pada pandangan saye...keadaan ini juga may be pengaruh dari luar..dari rakan sebaya....adakalanya family yg kurang didikan agama..menonton video lucah,bercakap perkara yg tidak baik...salah satu punca membuatkan mrk ingin mencuba..budak-budak ni cepat belajar..apa yg di ajar akan mereka simpan dan ingat..otak mereka sentiasa berjalan..fikiran mereka masih muda...ingin mencuba sesuatu yg baru...

paper KOSMO hr ni...budak berumur 12 thn mati...ya ALLAH..tragis tengok..kenapa??kenapa??kenapa??anak siapakah dier?mati dalam keadaan yg menyedihkan....gara-gara tgh berbuat maksiat...dia terkejut tengok org-org apartment area situ dtg..pakat lari cabut..tapi si perempuan..terjatuh terus dari tingkat 6...adus...sakit yg amat...

budak tu masih muda..seharusnya dia di bawah jagaan dan pemerhatian keluarga...ke mana nilai kekeluargaan itu...


bila baca news tu..teringat pada anak,adik-adik,sepupu sepapat saye...na'uzubillah..saye berharap dgn didikan agama yg mereka dapat..mereka guna dgn sebaik-baiknya..bukan guna di jalan yg salah...


buat anak ibu dan atta...kami sentiasa berdoa...

moga saidatul menjadi anak yg solehah...
moga menjadi anak yg beriman
moga menjadi pemimpin utk adik-adik yg bakal di lahirkan..
moga sentiasa patuh pada perintah Allah..selalu mengaji.selalu tidak abaikan solat 5 waktu..
moga sentiasa berdoa utk kedua orang tua..
moga menjadi anak yg cerdik,berakal dan beramal soleh...



AMIN.......




dan wat sahabat-sahabat....kita sama-sama berdoa utk anak-anak kita ye..moga di jauhkan benda-benda yg tidak baik...benda-benda yg boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka...


moga Allah sentiasa melindungi mereka...AMIN...





tengokla berita hari ini...sgt menyedihkan..mati dalam keadaan camtu...



Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi

ANAK panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.


PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.





RENUNG-RENUNGKANLAH....SELAMAT BERAMAL...........




salam semua.....maaf kalau coretan ini ada tersilap atau tersalah bicara...

sekadar berkongsi utk renungan kita bersama...








3 comments:

ummi nia said...

nauzubillah kak..bila pikir2 & renung2 mcm dh dkat nk kiamat..

dieha said...

ummi nia:takut kan???haih..mcm2 berlaku..risau sggh budak2 skrg..

siti norlaili yusof said...

nauzubillah...dah bermacam gejala zaman sekarang ni...mudah2an zuriat keturunan dan ahli keluarga kita sntiasa dipelihara dan dijauhkan Allah swt drp gejala mcm ni...

Related Posts with Thumbnails