hari ini juga adalah hari lahir ke dua arwah orang tua saye...02031951(abah) dan 02031956(mak)
genap sudah 12 tahun arwah mak pergi...
dan...
genap sudah 11 tahun arwah abah pergi...
sudah berlalu saat kegembiraan kami..
sudah hilang semuanya..
sudah pudar semuanya bila mereka tinggalkan kami jauh..
pergi mereka utk selamanya..
pergi mereka tidak pernah akn kembali..
pergi mereka buat hati kami merana..
pergi mereka sukar di ganti..
kerana mereka cahaya hidup kami..
kerana mereka pelita hidup kami..
kerana mereka kekuatan kami..
kerana mereka tempat untuk kami mengadu..
hilang...hilang..hilang..semuanya...:(
sukar untuk kami semua menerima ketentuan ini..
tapi kami hambaNya..
kami WAJIB menerimanya..
kerana qada dan qadar telah di tentukan..
kerana MATI itu adalah pasti untuk kita semua sebagai umat islam..
mak dan abah..
walau kalian tidak dapat melihat apa yang ku luahkan..
tapi kalian tetap di hati ini..
tetap di hati kami sehingga ke akhir hayat..
cinta kami pada mak dan abah tetap mekar dan tidak akan pudar sampai bila-bila..
dah lama kami tak ziarah kubur mak dan abah..
bukan kami lupa pada mak dan abah..
sesekali tidak pernah lupa..
kami sentiasa hadiahkan yassin , 3 qul,al fatihah dan ayat kursi untuk santapan mak dan abah..
itu yang kami mampu..
insyaAllah kami akan adakan kenduri tahlil wat mak dan abah..buat sedara-sedara yang telah ke rahmatullah..
abah dan mak..
terima kasih sudi menjadi orang tua kami..
terima kasih kerana sudi menegur kami menjadi insan yang berguna..
terima kasih kerana sudi marah kami bila kami melakukan kesalahan..
terima kasih kerana jadikan kami sebaik-baik manusia..
WALAU
kami bukan doktor..
kami bukan peguam..
kami bukan angkasawan..
kami bukan ustaz dan ustazah..
TAPI
kami adalah diantara yang terbaik dari yang terbaik..
kami ingat pesan mak dan abah..
jangan lupa solat..
jangan lupa mengaji al quran..
jangan lupa mendoakan kedua orang tua..
jangan lupa berpuasa sunat ( tapi kdg liat)..
alhamdulillah kami buat walau kadang kami terleka..
MAK DAN ABAH...
alhamdulillah..sekarang anak-anak mak dan abah dah besar-besar belaka..
masing-masing sudah ada kerjaya...
abang dah bekerja di sektor swasta..
saye sebagai suri rumah selepas berkahwin..tapi saye bangga kerana saye dapat pikul amanah sbg seorg ibu dan juga seorang isteri.
hani bekerja di sektor awam
ecah belajar di kolej komuniti dan skrg dlm final sem..
udin berada di dalam tingkatan empat..
anak-anak mak dan abah alhamdulillah masih menjadi orang yg berguna..
usah risau ye..
kami mencari rezeki yang halal..
kami akan cuba saling tegur menegur di antara satu sama lain..
mak dan abah..
bila di kenang kembali..terlalu byk kenangan kita bersama..
sukar untuk di ceritakan semuanya..
kami merindui gelak tawa mak dan abah..
kami merindui leteran mak..
kami merindui abah yang selalu sokong kami bila kena marah dgn mak..
kami merindui masakan mak dan abah..sambal ikan,kari ikan, sambal belacan..:(
kami merindui semuanya...
sungguh...
kami sangat...sangat...sangat rindukan bonda mariam dan ayahanda ahmad khatib..
doa kami moga mak dan abah tenang di sana...
bersama para syuhada'..
AMIN.....
AL FATIHAH BUAT MAK DAN ABAH...
MOGA ROH MEREKA DI CUCURI RAHMAT...
arwah mak dan abah..
bersama adik-adik..
ecah and udin..
kami tetap bersama..
hingga akhir hayat..
air yang di cincang tak akan putus...
even mak dan abah tak ader..
tapi kami ada mak lia..
dia banyak berkorban utk segalanya..
thanks mak lia..
jasa mak lia tak dapat kami balas..
moga Allah murahkan rezeki mak lia...
ASSALAMMUALAIKUM.............
6 comments:
touching...(holding back tears..i dnt wanna CRY)
al-fatihah buat kedua arwah ibu ayah akak...
kite semua akan melalui semua tu..cepat & lambat saje yg membezakannya..Al-Fatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya..
noremy : tq dear..i miss them so much..bila menaip air mata ngalir je..serious...i miss them..
mrs keney : yup...u r rite dear..mati itu pasti.jadi kita kena relakan.tq dear..
syahdunya baca entry ni..
semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Nya.. Amin..
lia : amin..tq lia..moga roh mrk tenang d sana..
Post a Comment